Sabtu, 6 September 2014

GEOGRAFI TINGKATAN 2


Fungsi Petempatan Luar Bandar
Aspek Ekonomi
Pertanian dan perikanan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi sebagai pusat pengeluar hasil pertanian dan perikanan ialah Dataran Kedah-Perlis, Tanah Tinggi Cameron, dan Dataran Kelantan
Industri kecil : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan industri kecil ialah Kampung Bahagian, Air Hitam, Pulau Pangkor
Pembalakan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi sebagai pengeluar sumber hutan ialah Sabah dan Sarawak
Rekreasi dan pelancongan : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan aktiviti agropelancongan ialah Taman Agro Sungai Udang dan Taman Agro Selandar
Perniagaan kecil-kecilan : Contohnya kedai runcit
Aspek Sosial
Kemudahan awam : Contohnya ialah pejabat pos, klinik desa, kemudahan teleton awam
Pendidikan : Contohnya ialah tadika, sekolah rendah, dan sekolah menengah
Budaya dan sosial : Balai raya, masjid, dewan orang ramai
Aspek Politik
Berfungsi sebagai pusat pentadbiran kecil-kecilan
Ketua Kampung atau Tok Sidang menjalankan fungsi pentadbiran di kampung dengan bantuan JKKK
Penghulu atau Penggawa mentadbir kampung
Tuai Rumah mengetuai rumah panjang
Tuai Batin mengetuai perkampungan orang asli

Pola Petempatan
Pola Petempatan Berselerak
Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.

Pola Petempatan Berjajar
Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut.
Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

Pola Petempatan Berpusat
Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.
Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit.
Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan

Pola Petempatan Berkelompok
Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA.
Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai.
Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.

Petempatan Luar Bandar Dan Faktor Penentu Tapak
Terdiri daripada petempatan kampung dan pekan. Petempatan kampung mempunyai penduduk antara 1 hingga 1 999 orang. Petempatan pekan mempunyai penduduk antara 2000 hingga 9 999 orang. Menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan seperti di Dataran Kedah-Perlis - menanam padi dan Pulau Ketam - petempatan nelayan
Faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar ialah seperti dalam jadual di bawah:
Faktor
Huraian
Bentuk muka bumi
Kawasan tanah pamah - Memudahkan pembinaan petempatan dan penanaman padi . Contoh: Dataran Kedah, Sungai Manik
Kawasan beralun - Sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit, dan nanas. Contoh: Dataran pantai barat SemenanjungMalaysia
Lembah di kawasan tanah tinggi - Sesuai untuk tanaman hawa sederhana. Contoh: Nalapak di Sabah
Sumber air
Untuk kegunaan harian, mengairi kawasan tanaman, dan aktiviti menangkap ikan.
Contoh: Sungai Perak, Sungai Kelantan
Tanih
Dataran sungai yang kaya dengan tanih aluvium yang kaya dengan tanih aluvium untuk penanaman padi
Contoh: Dataran Sungai Rajang
Kegiatan ekonomi
Pertanian, perikanan, perlombongan
Contoh: Kuala Sedili, Mukah, Kuala Besut
Ketersampaian
Berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai, dan sungai
Contoh: Kampung Merang di Terengganu menghadap Laut China Selatan, Sungai Rajang dapat dimudiki hingga ke Kapit
Dasar kerajaan
Pembukaan tanah oleh FELDA
Contoh: Felda Jengka di Pahang, Felda Air Tawar di Kota Tinggi

Jenis Petempatan Di Malaysia
Jenis petempatan terbahagi kepada dua, iaitu petempatan bandar dan petempatan luar bandar. Faktor yang membezakan jenis petempatan ini ialah dari segi fungsi, saiz penduduk dan kepadatan penduduk. Jenis petempatan ini dapat dilihat seperti dalam jadual di bawah.
Petempatan bandar

Petempatan luar bandar

Ia mempunyai jumlah penduduk melebihi 10000 orang
Kepadatan penduduk adalah tinggi
Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan perniagaan, perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan
Contoh petempatan bandar ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu

Ia mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10000 orang
Kepadatan penduduk adalah sederhana atau jarang
Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan pertanian, pembalakan, perlombongan dan perikanan
Contoh petempatan bandar ialah Lenggong, Pengkalan Hulu, Bagan Datoh dan Beserah

Petempatan Awal Di Malaysia
Gua, muara sungai, dan tepi laut merupakan petempatan awal di Malaysia. Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan musuh, binatang buas, dan cuaca buruk. Contoh kawasan gua ialah Gua Niah (Sarawak) dan Gua Kota Tampan di Lenggong (Perak)
Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal di lembangan sungai ialah:
Kawasan rata yang subur dan tanih aluvium
Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke kawasan pertanian
Sungai membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, dan ketam
Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk, perniagaan, dan perdagangan
Terlindung daripada ancaman binatang buas
Pertanian merupakan kegiatan utama di kawasan petempatan awal. Muara sungai menjadi petempatan awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Tanah pamah dan tanih aluvium yang subur untuk pertanian.
Mudah memperoleh bekalan air
Sungai membekalkan sumber makanan
Sungai menyediakan jalan pengangkutan mudah dan utama
Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka (Sungai Melaka), Lembah Bujang (Sungai Merbok), dan Kerajaan Johor-Riau (Sungai Johor). Kawasan pantai juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan salah satu jalan pengangkutan utama.

Sejarah Petempatan awal
Pada masa dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu binatang dan mengumpul buah-buahan. Kira-kira 8 000 S.M, cara hidup mereka mula berubah. Manusia mula pandai mentemak binatang seperti lembu, biri-biri, dan kambing. Mereka juga menanam tanaman seperti padi, gandum, dan jagung. Perkembangan ini menyebabkan manusia tinggal dan menetap di sesuatu tempat. Seterusnya, manusia mempelbagaikan kegiatan dan menjalankan aktiviti bukan pertanian seperti perniagaan dan perkhidmatan.
Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai, iaitu di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates (Mesopotamia), Lembangan Sungai Nil, Lembangan Sungai Indus, dan Lembangan Sungai Hwang He. Keempat-empat petempatan awal ini juga merupakan tamadun yang paling awal. Lihat peta di bawah
Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-empat lembangan sungai tersebut adalah hampir sama. Keempat-empat kawasan ini mempunyai keadaan yang sesuai untuk petempatan dan aktiviti pertanian. Antaranya termasuklah:
Dataran sungai yang rata,subur, serta kaya dengan tanih aluvium.
Terdapat kawasan rumput untuk temakan.
Sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan domestik dan pengairan.
Sungai menyediakan jalan pengangkutan serta pergerakan penduduk, perniagaan, dan perdagangan. 

Sabtu, 16 Ogos 2014

NOTA RINGKAS PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 1 – Beriman Kepada Al Asmaul Husna
 
 1. Al Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah SWT yang indah.
 2. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah.
   3. Sebab-sebab wajib beriman dengan Al Asmaul
   (a) meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S
(b) mendekatkan diri kepada Allah 
  (c) memudahkan seseorang memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama Nya yang sesuai dengan permohonan.
4. Kesan beriman dengan Al Asmaul Husna:
(a) membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan;
(b) insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri;
(c) lahir individu yang rajin, tekun dan beramal soleh.
  

AJUK 2– Al Wahid: Allah SWT Maha Esa
 
1. Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af'al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
(a) bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.
7. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:
(a) melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:
(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
9. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
 

 
TAJUK 3 – Ar Rahman: Allah SWT Maha Pemurah
 
1. Allah SWT bersifat Ar Rahman yang bermaksud Allah SWT Maha Pemurah.
2. Bukti-bukti Allah SWT bersifat Ar Rahman:
(a) kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada semua makhluk;
(b) tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan.
3. Kesan beriman dengan Ar Rahman:
(a) lahir individu yang bersifat pemurah kepada orang lain;
(b) sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan Nya;
(c) sentiasa merendah diri walaupun memiliki kekayaan kerana yakin semuanya adalah kurniaan Allah SWT.
4. Perbezaan antara pemurah Allah SWT dengan pemurah manusia:
(a) sifat pemurah Allah SWT:
· tidak terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;
· memberi sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan manusia.
(b) sifat pemurah manusia:
· terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;
· memberikan sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.
5. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Ar Rahman:
(a) kedekut atau bakhil kepada orang miskin;
(b) bersifat kejam terhadap makhluk Allah SWT;
(c) percaya kekayaan adalah hasil usaha diri sendiri, bukannya daripada Allah SWT.

TAJUK 4 – Ar Rahim: Allah SWT Maha Penyayang
 
1. Allah SWT bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Ar Rahim:
(a) Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia;
(b) Allah SWT menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan sempurna;
(c) Allah SWT memberi rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa.
3. Kesan beriman dengan sifat Ar Rahim:
(a) bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat yang dikurniakan;
(b) menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
(c) mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim:
(a) bersifat bakhil kepada orang miskin;
(b) suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
(c) menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.
5. Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:
(a) sifat Ar Rahman:
· untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;
· untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.
(b) sifat Ar Rahim:
· khusus untuk orang yang beriman saja;
· untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.
 

 
TAJUK 5 – Al Hakim: Allah SWT Maha Bijaksana
 
1. Allah SWT bersifat Al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Hakim:
(a) cap jari manusia yang berlainan antara individu dengan individu yang lain;
(b) kejadian tanam-tanaman yang beraneka jenis dan rasa;
(c) kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa.
3. Kesan beriman pada Al Hakim:
(a) bersyukur dengan kejadian Allah SWT yang sempurna;
(b) bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan;
(c) menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan konsep Al Hakim:
(a) menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan;
(b) tidak berusaha untuk membuat perubahan kea rah kemajuan diri;
(c) banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha.
 

 
TAJUK 6 – Al Alim: Allah SWT Maha Mengetahui
 
1. Allah SWT bersifat Al Alim yang bermaksud Maham Mengetahui.
2. Perbezaan antara ilmu Allah SWT dengan ilmu manusia:
(a) Ilmu Allah SWT:
· ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi;
· Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib;
(b) ilmu manusia:
· ilmu manusia adalah terbatas, iaitu mereka mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka saja;
· manusia hanya mengetahui perkara yang nyata saja serta tidak mampu menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh.
3. Kesan beriman pada sifat Al Alim:
(a) melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara;
(b) melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah SWT;
(c) melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.
4. Amalan yang bertentangan dengan sifat Al Alim:
(a) tidak berminat untuk belajar;
(b) bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu:
(c) memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan;
(d) tidak suka memberi sumbangan ilmu yang dimiliki kepada orang lain.
 

 
TAJUK 7 – Al Adl: Allah SWT Maha Adil
 
1. Allah SWT bersifat Al Adl yang bermaksud Maha Adil.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Adl:
(a) kejadian manusia yang memiliki tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil;
(b) Allah SWT memberi rezeki kepada seseorang berdasarkan usaha;
(c) Allah SWT menghisab semua amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia.
3. Ciri-ciri orang yang adil:
(a) menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik;
(b) membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu;
(c) memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat.
4. Kesan melaksanakan keadilan:
(a) mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;
(b) perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
(c) lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.
5. Akibat tidak berlaku adil:
(a) mendapat kemurkaan Allah SWT serta jauh daripada rahmat Nya;
(b) berlaku perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat;
(c) keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terhakis.
 

 
TAJUK 8 – Kesan Beriman Kepada Allah SWT
 
1. Tauhid ialah mengesakan Allah SWT iaitu tidak meyamakan Allah SWT dengan makhluk Nya sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatan Nya.
2. Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah dan tauhid Asma' Wassifa.
3. Tauhid Rububiyyah bermaksud yakin dan percaya bahawa hanya Allah SWT saja yang mencipta, mentadbir, memiliki, memelihara dan memerintah seluruh alam.
4. Tauhid Uluhiyyah bermaksud meyakini bahawa hanya Allah SWT saja yang berhak disembah, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni dan dicintai.
5. Tauhid Asma' Wasifat pula bermaksud yakin dan percaya bahawa Allah SWT saja yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna serta mensucikan Allah SWT daripada segala sifat yang boleh menyerupai makhluk.
6. Kesan beriman dengan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:
(a) kesan terhadap individu:
· melakukan amal ibadat dan kebajikan untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;
· mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
(b) kesan terhadap masyarakat:
· bebas daripada perkara maksiat;
· jauh daripada perkara khurafat dan tahyul.
(c) kesan terhadap negara:
· negara berada dalam keadaan aman dan makmur;
· negara dihormati dan disegani oleh negara-negara luar.
 

 
TAJUK 9 – Beriman Kepada Malaikat
 
9.1 – Keunikan Malaikat
1. Beriman kepada malaikat bermaksud percaya bahawa Allah SWT telah mencipta sejenis makhluk daripada cahaya yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT.
2. Keistimewaan malaikat:
(a) dicipta daripada cahaya;
(b) makhluk yang bersayap;
(c) boleh menjelma dengan rupa lelaki;
(d) sentiasa beribadat kepada Allah SWT.
3. Sifat-sifat malaikat:
(a) tidak mempunyai jantina;
(b) tidak berkahwin;
(c) tidak makan, minum dan tidur;
(d) tidak dapat dilihat oleh makhluk.
4. Kesan beriman kepada malaikat terhadap individu:
(a) berhati-hati dalam setiap tindakan;
(b) mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.
5. Kesan beriman kepada malaikat terhadap masyarakat:
(a) berwaspada dalam melakukan sesuatu tindakan;
(b) tekun melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan.
6. Kesan beriman kepada malaikat terhadap negara:
(a) jabatan kerajaan berjalan dengan baik dan teratur;
(b) negara akan berkembang maju;
(c) organisasi kerajaan akan lebih telus dan berdisiplin.
 
9.2 – Tugas-Tugas Malaikat
1. Nama dan tugas malaikat yang wajib diketahui:
(a) Jibrail – menyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul;
(b) Mikail – menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki;
(c) Israfil  – meniup sangkakala pada hari kiamat;
(d) Izrail  – mengambil nyawa makhluk;
(e) Munkar – menyoal orang mati dalam kubur;
(f)  Nakir – menyoal orang mati dalam kubur;
(g) Ridhuan – menjaga pintu syurga;
(h) Malik – menjaga pintu neraka;
(i)  Rakib – mencatat amalan baik setiap manusia;
(j)  Atid – mencatat amalan buruk manusia.
2. Tugas umum malaikat:
(a) mendoakan orang mukmin yang beribadat;
(b) menyelenggara proses kejadian manusia dalam rahim ibu;
(c) membantu tentera Islam menentang musuh.
3. Perbezaan tugas antara malaikat dengan manusia:
(a) tugas malaikat:
· melaksanakan tugas tanpa ganjaran pahala;
· sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT dan tidak diperintahkan untuk memakmurkan kehidupan dunia.
(b) tugas manusia:
· melaksanakan tugas dan mendapat ganjaran pahala;
· di samping melakukan ibadat kepada Allah SWT, manusia diwajibkan memakmurkan dunia.
 
9.3 – Kesan Beriman Kepada Malaikat
1. Kesan beriman kepada malaikat dari aspek perkataan, perbuatan, hati dan pemikiran seseorang:
(a) aspek perkataan:
· bercakap sesuatu perkara yang baik;
· berzikir, bertasbih dan membaca al Quran;
· mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
(b) aspek perbuatan:
· sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT;
· hormat dan patuh pada ibu bapa, guru dan pemimpin;
· istiqamah dalam beribadat kepada Allah SWT.
(c) aspek hati:
· ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT;
· teguh hati dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup;
· takut dan malu apabila hendak melakukan maksiat.
(d) aspek pemikiran:
· berfikiran jauh dalam sesuatu perkara;
· berfikir supaya menjadi manusia yang terbaik dan mulia seperti malaikat;
· bijak dalam membuat keputusan.
 

 
TAJUK 10 – Beriman Dengan Kitab-Kitab Suci
 
1. Kitab suci ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail.
2. Empat buah kitab yang wajib diketahui:
(a) Zabur – Nabi Daud;
(b) Taurat – Nabi Musa;
(c) Injil – Nabi Isa;
(d) Al Quran – Nabi Muhammad.
3. Suhuf ialah wahyu Allah SWT yang diwahyukan kepada nabi dan rasul yang mengandungi hukum-hukum dasar yang berbentuk lembaran-lembaran saja.
4. Hikmat al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur- ansur:
(a) memudahkan Rasulullah SAW menyampaikan ajaran al Quran kerana ia diturunkan bertepatan dengan peristiwa yang berlaku;
(b) supaya umat Islam mudah memahami dan mengamalkan ajaran al Quran.
5. Antara kandungan al Quran ialah:
(a) akidah, contohnya beriman kepada Allah SWT;
(b) ibadat, contohnya menunaikan solat;
(c) akhlak, contohnya berbuat baik kepada orang tua;
(d) muamalat, contohnya jual beli.
6. Tujuan al Quran diturunkan:
(a) menjadi mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasulullah SAW;
(b) menjadi petunjuk dan panduan kepada manusia dalam semua urusan kehidupan.
7. Kesan beriman dengan al Quran:
(a) memperoleh hidayat Allah SWT;
(b) mendapat rahmat dan keberkatan dalam hidup;
(c) jiwa dan perasaan sentiasa tenang.
8. Mukjizat al Quran:
(a) kandungan al Quran terjamin keasliannya sepanjang masa tanpa berlaku sebarang perubahan;
(b) kehebatannya tidak dapat ditandingi dan tiada seorang pun yang dapat membuat kitab lain seperti al Quran;
(c) bahasanya sangat indah dan tinggi nilainya yang menjadi rujukan pakar bahasa.
 
 

 

 

Sabtu, 2 Ogos 2014

SALAM LEBARAN....

                                   SUASANA HARI RAYA....    

Assalamualaikum,rasanya belum terlambat lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia.Maaf zahir dan batin.



Harap semua terhibur dengan lagu raya ini..

                       












Harap semua suka melihat koleksi kad raya yang hamba Allah ni kumpul dari internet...














Sabtu, 19 Julai 2014

JOM BELAJAR SEJARAH!!!!!

   sejarah tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 – Bab 1
BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH1.1 Pertapakan SHTI di Pulau Pinang Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI
1.SHTI menjalankan perdagangan antarabangsa danmeluaskan tanah jajahan British.
2.Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.
3.British tidak boleh menguasai Kedah. Siammengaku Kedah di bawah naungannya.4.SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.5.Kepentingan Pulau Pinang kepada British
i.Pusat Pengumpulan Barang
a.SHTI perlukan teh dari China b.China perlukan emas, perak, bijihtimah dan lada hitam dari kepulauan      Melayu.
ii.Pelabuhan persinggahan,
a.Pelabuhan Pulau Pinang menyediakanmakanan, kemudahan membaiki kapal
b.Tempat berlindung sementaramenunggu peralihan angin monsun.
iii.Pangkalan Tentera
a.British dan Perancis bersaingmenguasai perdagangan di India.
 b.Pulau Pinang sebagai pengkalan tenteramempertahankan petempatan British diIndia daripada serangan Perancis.
Kedaulatan Kedah tercabar
1.Kedah mempunyai pelabuhan entreport.
2.
Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan
3.
Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnyasentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.
Ancaman Bugis
i.Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwamelantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.
ii.
Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat dirajaKedah kerana Tunku Abdullah bukananak gahara
iii.
Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.
iv.
Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah sertaAlor Setar.
v.
Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuanketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.vi.Firma hantar Francis Light untuk berunding
vii.
Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga diKuala Kedah
viii.
Sultan batalkan perjanjian apabila firmaenggan memberi bantuan tentera bagi menyerangBugis di Selangor.
Ancaman Siam
i.
Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepadaSiam semasa berperang dengan Burma
ii.
Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadikuasa yang kuat semula.
iii.
Siam tuntut

Kedah hantar bunga emas, wang sertatenaga manusia.
iv.Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti SultanMuhammad Jiwa ) berasa terancam
v.Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.
vi.Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggupmelindungi Kedah daripada ancaman Siam.vii.Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah,
1.2 Tipu helah Francis Light bagi MendapatkanPulauPinang
1.Tipu helah Francis Light
i.SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belandaii.Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTImenduduki Pulau Pinang memenuhi keperluanSHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.
iii.Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.
iv.Francis Light menduduki Pulau Pinang dengansyarat memberi bantuan ketenteraan2.Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i.SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuhii.SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii.SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahunkepada Sultan Kedah sebagai pampasan3.Upacara menaikkan bendera Union Jack
i.Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island
ii.Petempatan dinamakan Geogetown sempenanama King George III, Raja England
iii.Bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
SHTI mungkir janji
1.Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.2.Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan3.SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara SultanAbdullah dengan Francis Light.5.SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.6.Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan PulauPinang.7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapiditolak oleh Sultan Abdullah.9.Sultan Abdullah rasa tertipu - sediakan angkatan lautdi Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.10.Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.11Francis Light meminta bantuan tentera12.Sultan Abdullah tewas


Sabtu, 5 Julai 2014





Kelas-kelas Pemakanan


>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Setiap hidupan (living things) memerlukan makanan untuk meneruskan hidup.

Kita memerlukan makanan untuk:
  • mendapatkan tenaga kimia (chemical energy) untuk menjalanakan aktiviti, dan haba bagi mengekalkan suhu badan (body temperature) pada 37°C.
  • membina tisu baru semasa pembesaran dan juga untuk pembaikan tisu yang lama atau rosak yang terdapat di dalam badan.
  • mengekalkan kesihatan badan serta melindunginya daripada sebarang penyakit dan jangkitan.

Makanan yang dimakan oleh manusia boleh dibahagikan kepada tujuh (07) kelas seperti berikut:
  1. Karbohidrat (carbohydrate)
  2. Protein
  3. Lemak (fat)
  4. Vitamin
  5. Mineral
  6. Serat (fibre)
  7. Air (water)








Sabtu, 14 Jun 2014

bab 1 matematik tingkatan 2




Jadual Pembahagian
Penerangan …….
•Hasil pembahagian dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.
•Hasil pembahagian dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.
•Hasil pembahagian suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.
Contoh Pembahagian:
a)-15 ÷ 3 = – (15 ÷ 3 )
= – 5
nombor -15 adalah bernilai negatif , manakala 3 adalah bernilai positif . Hasilnya adalah negatif .
b)(-72) ÷ (-8) = + (72 ÷ 8 )
= 9
-72 adalah bernilai negatif , manakala -8 adalah bernilai negatif . Hasilnya adalah positif .

Sabtu, 26 April 2014

Tema 

Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

Persoalan  

1.    Persoalan rajin membaca
Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
2.    Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
3.    Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri.  Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
4.    Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
5.    Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
6.    Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
7.    Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya.  Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.  
8.    Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
9.    Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

 Binaan Plot
Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa

Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.  

Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.

Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun.  Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.

Teknik Plot
1.  Dialog
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.
2.  Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”
 3.  Monolog dalaman
“Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.
 4.  Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.
 5.  Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
 6.  Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.
 7.  Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.
 8.  Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.
 9.  Suspen
 Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.  

 Watak dan Perwatakan
Watak Utama
  Doktor Fikri

Ø  Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun
Ø  Cacat kulit - balar
Ø  Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Ø  Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
Ø  Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Ø  Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya

Watak Sampingan
 Cikgu Saiful
Ø          Bapa Doktor Fikri
Ø          Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri
Ø          Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga
Ø          Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

Puan Halipah
Ø          Ibu Doktor Fikri
Ø          Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah
Ø          Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang
       dari sekolah
Ø          Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian
       dalam acara sukan
      
Josy
 Ø          Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø  Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya
Ø  Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri

 Narius
Ø  Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø  Berbadan besar
Ø  Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/
       mencuri basikal Doktor Fikri
Ø  Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful  menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.
  
Cikgu Wahab
Ø  Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø  Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Ø  Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah 
       Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

Dayang Mahani

Ø  Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø  Kawan Doktor Fikri
Ø  Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu 
       Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya

Latar

Latar Masa

Ø  Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.
Ø  Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri  di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
Ø  Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Latar Tempat
Ø  Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
Ø  Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di    
jual di Tamu.
Ø  Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
Ø  Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung  
Kinabalu.
Ø  Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi.  Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan       
Doktor Fikri.
Ø  Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

Latar Masyarakat
Ø  Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø  Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø  Masyarakat yang prihatin
 Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
Ø  Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
Ø  Masyarakat yang taat kepada perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
Ø  Masyarakat penyayang
      Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka  
      cacat.
Ø  Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
      Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

Gaya Bahasa 
Ø  Kata Ganda
      Contoh:  kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
Ø  Peribahasa
      Contoh:  buku lima, keras hati
Ø  Pengaruh bahasa asing
      Contoh:  bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
Ø  Hiperbola
      Contoh:  Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.
Ø  Simile
      Contoh:  Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.
Ø  Pengulangan kata atau repitisi
      Contoh:  Sap! Sap! Sap!
Ø  Sinkope
      Contoh:  Ampun cikgu, saya tak buat lagi!
Ø  Personifikasi
      Contoh:  Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.

Nilai 

Ø  Nilai kasih sayang
     Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø  Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø  Nilai keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø  Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø  Nilai kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
Ø  Nilai menghormati orang tua
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.  
Pengajaran

Ø  Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø  Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø  Kita haruslah berani memperrtahankan  hak kita.
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø  Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. 
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø  Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.
Ø  Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. 
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.